‘JALAN LAMA’
Kredit kepada Robert T. Kiyosaki untuk ‘Rat Race’
Objektif permainan ini adalah untuk semua pemain berusaha keluar daripada ‘Jalan Lama’ ini dan masuk kepada ‘HiWay’. Cara permaian mudah. Pembaca baca dahulu situasi ‘Jalan Lama’ yang akan penulis berikan, kemudian semak sama ada kita juga turut berada dalam situasi yang sama. Sekiranya YA, bermaksud kita hari ini masih lagi terperangkap di JALAN LAMA dan perlu untuk kelaur dan masuk ke HiWay. Bagaimana untuk menang?? Terpulang…
Ok, ini dia ‘JALAN LAMA’…
Jika kita lihat kehidupan individu yang berpendidikan sederhana, (ijazah,diploma,sijil dan ke bawah) tetapi individu tersebut adalah seorang yang rajin, kita akan jumpa satu persamaan hidup yang jelas.
Si anak lahir, membesar dan pergi ke sekolah. Ibu bapa bangga dan teruja kerana anak mereka mendapat markah yang cemerlang di sekolah, kemudian diterima melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Si anak berjaya bergelar graduan dan mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan olehnya atau lebih malang lagi kerja yang diidamkan oleh ibu-bapanya, kerja yang bagus,terjamin, selamat. Kerja sebagai apa?? Hmm…mungkin peguam, doctor, ataupun kakitangan awam. Selesai satu bab impian mak ayah.
Biasanya si anak yang dah bekerja mesti lah ada pendapatan sendiri. Ada duit, ada kad kredit, dunia shopping pun bermula, (kalu sebelum ni tak bermula lagi lah). Kehidupan dewasa yang berduit pun bermula. Jadi si anak akan mula menjejakkan kaki di tempat yang normal pada usia mereka. Membeli-belah, tengok wayang, mula bercinta dan kadang-kadang ada yang berkahwin.
Kehidupan sangat bahagia sekarang.
Hari ini, suami dan isteri bekerja. Jadi 2 income dalam satu keluarga. Lebih daripada cukup.(??). Mereka merasa sangat berjaya, masa depan cerah, jadi bercadang untuk membeli rumah, kereta, bercuti hujung tahun, dan…mempunyai anak. Barulah lengkap pakej keluarga.
Keperluan kewangan semakin bertambah. Si pasangan mula merasa bahawa kerja mereka sangat penting sekarang dan mula bekerja lebih keras, mencari peluang untuk naik pangkat. Kenaikan gaji tahunan adalah penting. Gaji tahunan pun naik, jadi dah plan untuk tambah zuriat. Hmm, mungkin kena beli rumah yang lebih besar. Bagaimana?? Bekerja dengan lebih kuat malahan sangat berdedikasi. Ada yang pergi sambung belajar lagi supaya dapat naik pangkat lagi. Gaji pun naik lah. Ada juga yang mula mencari kerja sambilan. Hasilnya pendapatan pun bertambah. Makin seronok tengok slip gaji. Tapi, tengok punya tengok, rupanya dah ada potongan gaji untuk bayar cukai pendapatan. Teringat pasal cukai. Cukai pendapatan, cukai taksiran, cukai itu, cukai ini…Blom lagi insurans. Insurans kereta, insurans peribadi, insurans itu, insurans ini…
Ish, pangkat dah besar, gaji dah naik. Mana pergi duit banyak-banyak tu. Tak boleh jadi. Pasangan mula beli saham ASB pulak, join program-program mutual funds. Barang-barang keperluan dah mula beli dengan kad kredit. Anak dah lima enam orang. Duit simpanan pelajaran anak-anak dah kena mula simpan. Simpanan lepas pencen pun kena jugak.
Pasangan bahagia tadi, yang lahir 35 tahun lepas, sekarang terperangkap dalam permainan ‘JALAN LAMA’ sepanjang hayat bekerja mereka. Mereka bekerja, gaji tinggi,pangkat besar, untuk :
1. Jadi pekerja yang bagus untuk majikan
2. Bayar pelbagai jenis cukai kepada kerajaan
3. Bayar pelbagai jenis pinjaman kepada bank
Kemudian, mereka nasihatkan anak-anak mereka pula :
“Belajar rajin-rajin,pandai-pandai…nanti periksa dapat bagus-bagus,bleh cari kerja bagus-bagus…Selamat masa depan…”
Mereka berpendidikan tinggi, tapi tak belajar apa-apa tentang pengurusan kewangan, kecuali memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil kesempatan atas kenaifan mereka. Keadaan yang sama berulang dari generasi yang sangat rajin ke generasi yang sangat rajin. Ini adalah…
‘JALAN LAMA’.
Persoalannya, adakah kita masih lagi bergerak di JALAN LAMA hari ini??
No comments:
Post a Comment