Saturday, October 10, 2009

iluan-ilmuwang-IKUT PERATURAN

Setiap menda dalam dunia ni mesti ada pasangan kan. Dalam erti kata lain ada dua bahagian la.

Ada lelaki, ada perempuan.

Ada langit, ada bumi.

Ada dosa, ada pahala.

Ada untung, ada rugi.

Ada positif, ada negatif.

Sebab tu dalam dunia ni ada perkataan ‘PILIHAN’. Apa-apa menda sekalipun mesti ada sekurang-kurangnya 2 pilihan. So, nak ceritanya kat sini, peraturan dalam dunia ni pon ada dua bahagian. Terpulang kepada kita nak pilih yang mana satu. Apa dia??

Nanti kita cerita lebih lanjut. Macam biasa la ye, bentuk story ni agak lebih menarik da bomb.

Macam mana nak mula ni. Hmm, macam ni. Sahabat…

Dunia berubah. Saya rasa semua orang pon setuju dengan pernyataan tu kan. Semua orang pon tahu. Dunia berubah setiap saat. Teknologi makin ke depan. Bangunan makin tinggi. Tapi, satu menda yang tak berubah. Dah berpuluh malahan beratus tahun. Apa dia?? Pendidikan. Pendidikan yang macam mana tu? Bukan system pendidikan Negara ye. Maksudnya pendidikan yang mak ayah semua kita bagi kepada kita. Persoalannya, adakah kita akan menjadi seorang penyambung warisan yang berjaya kepada mak ayah kita untuk menruskan pendidikan yang kita dapat masa kita kecik-kecik dulu. Jangan melatah dulu!! Baca dulu. Kita boleh cakap,

“kalau mak ayah aku dulu tak cakap macam ni, aku takkan jadi macam aku sekarang. Aku berjaya harini sebab nasihat tu la. Pendidikan tu la.”

Ada betulnya. Tapi, persoalan sekarang, masih relevan kah nasihat macam tu untuk anak-anak kita hari ini, esok, 2 tahun lagi, 20 tahun lagi?? Sedar atau tidak, anak-anak kita hari ini menghabiskan masa mereka dengan belajar ilmu-ilmu yang pasti mereka takkan guna sepanjang hidup mereka. Terperangkap dalam system pendidikan antik, pelajaran yang takkan diguna dalam hidup, bersedia untuk dunia yang dah tak lagi wujud.

Hari ni, nasihat yang paling bahaya yang kita boleh bagi kepada anak-anak kita ialah :

“Belajar rajin-rajin,pandai-pandai…nanti periksa dapat bagus-bagus,bleh cari kerja bagus-bagus…Selamat masa depan…”

Macam Biasa. Semua orang pernah dengar. Tapi berapa ramai yang sedar akan bahaya nya nasihat tu untuk kehidupan generasi kita akan datang? Nasihat lama, nasihat bahaya. Kenapa? Kalau kita bukak mata sikit, tinjau makhluk-makhluk tuhan yang lain di seluruh Asia, Eropah, Amerika Selatan, saya yakin dan percaya saat ini jugak ramai yang akan bersetuju dengan saya. Kalau kita mahu anak kita ada masa depan yang cerah, selamat, bahagia, hari ini kita mesti mula ubah pendirian kita terlebih dahulu. Kita sendiri kena keluar dari ‘JALAN LAMA’ terlebih dahulu. Nasihat tadi adalah satu…

‘PERATURAN LAMA’

Peraturan lama yang sangat berisiko. Peraturan yang dah tidak lagi diamalkan oleh orang-orang kaya dunia hari ini. Mereka sedar, mereka kaya. Kita?? Adakah kita masih lagi mahu menidakkan hakikat ini. Apa yang kita ada untuk disandarkan sebagai bukti bahawa kita adalah BETUL??

Kita kaji peraturan apa yang diamalkan oleh mereka yang sangat berjaya dalam dunia hari ini yang saya namakan ‘PERATURAN BARU DUNIA’

LIHAT DUNIA DARI MATA BURUNG

ATAU

LIHAT DARI DALAM TEMPURUNG

YANG MANA SATU ENGKAU PILIH

DALAM KALUT ADA PERATURAN

PERATURAN MENCIPTA KEKALUTAN

DI MANA PULA KAU BERDIRI…

…DI SINI

Kredit kepada SIFU M.Nasir untuk ‘Tanya Sama Itu Hud-Hud’

Orang kaya bermain permainan hidup dengan menggunakan peraturan yang berbeza dengan peraturan yang kita amalkan hari ini. Bayangkan, setiap kali putaran ekonomi dunia tiba ke zaman kejatuhan, apa yang berlaku kepada syarikat-syarikat, kilang-kilang?? Banyak yang gulung tikar. Apatah lagi individu yang ada bisnes kacil-kecil kan. Bagi syarikat yang kukuh pula, selamat lah. Tak samapai taahp gulung tikar. Tapi berapa ramai pekerja yang terpaksa dibuang?? Berapa banyak keluarga yang akan terluka?? Berapa tinggi kadar peratusan pengangguran akan meningkat??

Betul, tetapi bagaimana pula halnya dengan bos-bos, ahli-ahli lembaga pengarah syarikat, pemegang-pemegang saham terbesar syarikat?? Apa yang kita tak tahu, setiap kali berlaku keadaan yang sedemikian, setiap kali syarikat terpaksa membuang ramai pekerja, nilai saham syarikat akan naik lebih tinggi. Mengapa?? Kos pengurusan yang di tanggung oleh syarikat telah berkurangan. Bagi pemegang-pemegang saham syarikat, bos-bos besar syarikat, keadaan ini adalah satu situasi yang menguntungkan kepada mereka.

Situasinya…

Kalau ekonomi dunia berkembang bagus…

Pekerja hanya boleh hidup, cukup-cukup makan.

Bos mengaut keuntungan besar.

Kalau ekonomi dunia jatuh…

Pekerja akan diberi pampasan dan diarahkan…berhenti!!!

Bos??

Mengaut keuntungan yang lebih besar.

Itu yang saya maksudkan dengan peraturan lain yang dimainkan oleh orang kaya. Orang kaya akan sentiasa untung, orang miskin akan terus ditindas, dan terus miskin. Agak sukar untuk orang biasa memahami akan perbezaan kedua-dua peraturan ini. Mereka lebih suka menamakan keadaan ini sebagai…

  • Pilihan 1 : TAKDIR
  • Pilihan 2 : “INI TAK ADIL!!!”

Dua pilihan yang sekali-kali tidak akan dipilih oleh orang kaya!! Sebelum kita turut sama memilih salah satu pilihan di atas, elok kita kaji dan fahami terlebih dahulu apa beza di antara…

  • Peraturan 1 :Mengawal masa depan dan takdir sendiri, dengan…
  • Peraturan 2 :Memberi kuasa kepada orang lain untuk mengawal masa depan dan takdir kita.

Orang kaya akan sentiasa memilih untuk mengamalkan peraturan pertama, apa yang saya namakan…

‘PERATURAN BARU DUNIA.’

95% daripada kita hari ini, di seluruh dunia memilih untuk mengamalkan peraturan 2, iaitu memberi kuasa kepada orang lain untuk mengawal masa depan dan takdir kita dan hanya 5% sahaja yang memilih untuk mengamalkan peraturan 1, yang secara tidak langsung akan memberi kuasa kepada mereka untuk mengawal peraturan 2. 95% pengamal peraturan 1 tadi mendapat peraturan mereka di rumah dan di sekolah. Sebab itu, hari ini, adalah sangat bahaya untuk kita menasihatkan anak-anak kita di rumah supaya…

“Belajar rajin-rajin,pandai-pandai…nanti periksa dapat bagus-bagus,bleh cari kerja bagus-bagus…Selamat masa depan…”

Anak-anak kita hari ini memerlukan pelajaran yang sofistikated yang tidak disediakan oleh mak ayah kita kepada kita dahulu, dan juga tidak disediakan di sekolah. Saya tidak peduli berapa ramai guru yang ditempatkan di sekolah untuk mengajar, berapa banyak laptop dan LCD projector yang dibekalkan sebagai Alat Bantu Mengajar kononnya, berapa banyak wang yang dihabiskan untuk menggantikan papan hitam kepada papan putih, berapa banyak komputer yang dibekalkan di makmal komputer sekolah untuk kemudahan pelajar. Persoalannya, bagaimanakah caranya hari ini, kita mahu memberi palajaran kepada anak-anak kita tentang pelajaran yang paling penting dalam hidup mereka, yang mereka tidak akan dapatinya di rumah dan di sekolah??

Fikirkan, bagaimana ibu-bapa hari ini mengajar anak-anak mereka tentang pelajaran yang mereka takkan mungkin dapati di sekolah. Bagaimana mereka mahu mengajar anak-anak mereka tentang pengurusan kewangan?? Anak-anak takkan bosan kah?? Dan bagaimana mereka mengajar anak-anak mereka supaya membuat pelaburan yang menguntungkan sedangkan mereka sendiri berada pada situasi yang sangat berlawanan.

Kata cerdik pandai…

Anak-anak umpama kain putih, ibu-bapa lah yang mencorakkannya…

Ibu-bapa adalah guru terbaik kepada anak-anak…

Persoalannya…

Adakah kita hari ini memegang acuan corak yang betul untuk kain putih tersebut??

Dan…

Adakah kita benar-benar adalah guru yang terbaik untuk mereka??

Sebagai contoh dan guru terbaik, peraturan manakah yang kita pilih??

PERATURAN LAMA

Atau

PERATURAN BARU DUNIA

Apa kata hati, jawab pada naluri, minta pendapat jiwa,terang kepaga raga,

biar jasad dan roh bersatu memberi jawapan…

…kepada diri sendiri.

Thursday, October 8, 2009

Ilmuan-ilmuwang – SAYA PERCAYA DIA

Hmm…Jom lepak minum kat kedai mamak. Sekali terlepak dengan member-member lama. Sorang da jadi pegawai bank, sorang da jadi programmer computer, sorang lagi da de bisnes sendiri. Suma nya agak berjaya dalam bidang masing-masing. Sembang punya sembang, termasuk sikit cerita pasal ekonomi dunia.
Suma berkerut-kerut dahi tak sabar-sabar nak cerita macam mana keadaan ekonomi sekarang mempengaruhi hidup masing-masing. Saya tertanya-tanya macam mana mereka ni menguruskan kewangan mereka. Rupa-rupanya,…

SEMUA SAMA!!!

Dapat duit, beli barang. Kalau ada lebih, simpan dulu. Nanti nak guna duit, ambil duit yang ada simpan tempoh hari. Teringat saya tentang permainan ‘JALAN LAMA’. Saya betul-betul hairan bagaimana golongan yang boleh dilabelkan sebagai educated ini tak tahu cara pengurusan kewangan. Mereka tak tahu yang mana satu perbelanjaan mereka setiap bulan yang mendatangkan keuntungan semula atau hilang begitu sahaja. Malah ada yang mendatangkan lebih beban kepada mereka selepas itu. Mereka mempunyai masalah dengan perkataan ASET dan LIABILITI. Yang mana satu ASET? Yang mana pula LIABILITI. Bila saya Tanya kepada mereka apa asset yang mereka telah ada sekarang pada usia pertengahan 20-an saya mendapat jawapan yang amat mengejutkan. Ini aset yang mereka sebutkan :

Peguam ; Rumah dan kereta yang agak besar.
Programmer ; Laptop kesayangan, kereta, rumah tiada.
Pegawai bank ; Kereta (2nd hand),rumah masih menyewa.
Bisnesman ; Rumah, kereta, perniagaan, (kedai??masih menyewa daripada orang.)

Hmm… Saya cuba bercerita tentang aliran tunai duit kita setiap bulan. Tak sampai 5 minit cerita…

Bisnesman, “Eh,aku rasa aku tak perlu tahu tentang semua menda ni. Aku ada duit, aku boleh upah pegawai bank, akauntan, dan peguam untuk uruskan semua menda ini untuk aku.”

Programmer, “Hmm, aku boleh buat perisian untuk menguruskan kewangan aku. Sekarang ni pun memang aku yang buat system untuk syarikat korporat uruskan kewangan syarikat.”

Pegawai bank, “Eh, kau nak ajar aku pengurusan kewangan? Aku kerja di bank lah. Hari-hari pun mengadap duit. Rasanya aku lagi tahu. Kau tak payah susah-susah ye.”

Peguam, “Setakat ni duit aku cukup untuk aku hidup. Takpe, minum ni aku belanja ye.”

Alhamdulillah, malam tu saya minum percuma. Kawan lama belanja. Hmm, hakikatnya samada kita perasan atau tak, berapa ramai akauntan yang menguruskan duit orang ni yang tak kaya?? Pegawai bank?? Broker saham?? Kebanyakan mereka ni semuanya golongan yang educated, terpelajar,berilmu, tapi tak kaya! Kenapa ya?? Kerana…

Sistem pendidikan di dunia ini tak pernah mengajar kita apa yang golongan kaya tahu. Apa yang golongan kaya amalkan. Kita mengambil nasihat daripada golongan yang terpelajar, cerdik pandai. Peguam, doctor, akauntan, pegawai bank, broker saham. Tapi kalau satu hari, kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, tengah terkejar-kejar nak masuk kerja, dan kita tengok sebelah kanan rupanya pegawai bank kita, tengok kiri, peguam kita, depan, blakang, rupa-rupanya doctor kita, akauntan kita, broker kita semuanya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang sama. Kejadian itu sepatutnya memberitahu kita sesuatu. Orang-orang yang kita minta nasihat, yang kita percaya turut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang sama dengan kita. Kenapa kita masih ambil nasihat daripada golongan ini?? Adakah kerana mereka ini golongan terpelajar?? Atau mereka ini lebih tahu daripada kita?? Atau kerana…



SAYA PERCAYA DIA??

Ilmuan-ilmuwang – JALAN LAMA

Penulis kali ini mahu mengajak para pembaca untuk bermain satu jenis permainan yang diberi nama,

‘JALAN LAMA’
Kredit kepada Robert T. Kiyosaki untuk ‘Rat Race’

Objektif permainan ini adalah untuk semua pemain berusaha keluar daripada ‘Jalan Lama’ ini dan masuk kepada ‘HiWay’. Cara permaian mudah. Pembaca baca dahulu situasi ‘Jalan Lama’ yang akan penulis berikan, kemudian semak sama ada kita juga turut berada dalam situasi yang sama. Sekiranya YA, bermaksud kita hari ini masih lagi terperangkap di JALAN LAMA dan perlu untuk kelaur dan masuk ke HiWay. Bagaimana untuk menang?? Terpulang…

Ok, ini dia ‘JALAN LAMA’…

Jika kita lihat kehidupan individu yang berpendidikan sederhana, (ijazah,diploma,sijil dan ke bawah) tetapi individu tersebut adalah seorang yang rajin, kita akan jumpa satu persamaan hidup yang jelas.
Si anak lahir, membesar dan pergi ke sekolah. Ibu bapa bangga dan teruja kerana anak mereka mendapat markah yang cemerlang di sekolah, kemudian diterima melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Si anak berjaya bergelar graduan dan mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan olehnya atau lebih malang lagi kerja yang diidamkan oleh ibu-bapanya, kerja yang bagus,terjamin, selamat. Kerja sebagai apa?? Hmm…mungkin peguam, doctor, ataupun kakitangan awam. Selesai satu bab impian mak ayah.

Biasanya si anak yang dah bekerja mesti lah ada pendapatan sendiri. Ada duit, ada kad kredit, dunia shopping pun bermula, (kalu sebelum ni tak bermula lagi lah). Kehidupan dewasa yang berduit pun bermula. Jadi si anak akan mula menjejakkan kaki di tempat yang normal pada usia mereka. Membeli-belah, tengok wayang, mula bercinta dan kadang-kadang ada yang berkahwin.

Kehidupan sangat bahagia sekarang.

Hari ini, suami dan isteri bekerja. Jadi 2 income dalam satu keluarga. Lebih daripada cukup.(??). Mereka merasa sangat berjaya, masa depan cerah, jadi bercadang untuk membeli rumah, kereta, bercuti hujung tahun, dan…mempunyai anak. Barulah lengkap pakej keluarga.

Keperluan kewangan semakin bertambah. Si pasangan mula merasa bahawa kerja mereka sangat penting sekarang dan mula bekerja lebih keras, mencari peluang untuk naik pangkat. Kenaikan gaji tahunan adalah penting. Gaji tahunan pun naik, jadi dah plan untuk tambah zuriat. Hmm, mungkin kena beli rumah yang lebih besar. Bagaimana?? Bekerja dengan lebih kuat malahan sangat berdedikasi. Ada yang pergi sambung belajar lagi supaya dapat naik pangkat lagi. Gaji pun naik lah. Ada juga yang mula mencari kerja sambilan. Hasilnya pendapatan pun bertambah. Makin seronok tengok slip gaji. Tapi, tengok punya tengok, rupanya dah ada potongan gaji untuk bayar cukai pendapatan. Teringat pasal cukai. Cukai pendapatan, cukai taksiran, cukai itu, cukai ini…Blom lagi insurans. Insurans kereta, insurans peribadi, insurans itu, insurans ini…

Ish, pangkat dah besar, gaji dah naik. Mana pergi duit banyak-banyak tu. Tak boleh jadi. Pasangan mula beli saham ASB pulak, join program-program mutual funds. Barang-barang keperluan dah mula beli dengan kad kredit. Anak dah lima enam orang. Duit simpanan pelajaran anak-anak dah kena mula simpan. Simpanan lepas pencen pun kena jugak.

Pasangan bahagia tadi, yang lahir 35 tahun lepas, sekarang terperangkap dalam permainan ‘JALAN LAMA’ sepanjang hayat bekerja mereka. Mereka bekerja, gaji tinggi,pangkat besar, untuk :

1. Jadi pekerja yang bagus untuk majikan
2. Bayar pelbagai jenis cukai kepada kerajaan
3. Bayar pelbagai jenis pinjaman kepada bank

Kemudian, mereka nasihatkan anak-anak mereka pula :


“Belajar rajin-rajin,pandai-pandai…nanti periksa dapat bagus-bagus,bleh cari kerja bagus-bagus…Selamat masa depan…”


Mereka berpendidikan tinggi, tapi tak belajar apa-apa tentang pengurusan kewangan, kecuali memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil kesempatan atas kenaifan mereka. Keadaan yang sama berulang dari generasi yang sangat rajin ke generasi yang sangat rajin. Ini adalah…

‘JALAN LAMA’.

Persoalannya, adakah kita masih lagi bergerak di JALAN LAMA hari ini??

Ilmuan-ilmuwang – BELAJAR RAJIN-RAJIN




“Belajar rajin-rajin,pandai-pandai…nanti periksa dapat bagus-bagus,bleh cari kerja bagus-bagus…Selamat masa depan…”

Hmm,kalau kita semua pernah dinasihatkan macam ni,ataupun lebih kurang macam tu lah bunyi nye kan oleh mak ayah kita,maksudnya…mak ayah kita normal. Ha, memang normal, tapi persoalannya di sini, adakah normal itu selalunya betul?? Ada satu pepatah mat saleh la yang penulis reka sendiri. Bunyi dia gini,

“Always Is Not Always Right!!”

Faham ke mende?? Kalau dalam bahasa melayu, gini la lebih kurang bunyinya, “Selalu Tak Selalu Betul”. Tapi tu kalau direct translate ikut bahasa kamus. Kalau bahasa istilahnya camni pulak, Menda yang kita manusia selalu buat, yang dah jadi normal pun kadang-kadang kepada manusia yang lain, tak semestinya menda tu betul.
So, pe kaitannya dengan pepatah yang mula-mula tadi tu?? Ha, ni nak cite nih...Kalau wat karangan fakta,tak ramai yang berminat nak baca, so penulis pon amik inisiatif untuk jadikan cerita. Menarik aa skit kot. Kisah dialog sorang ayah yang sayangkan anak dia dengan sorang anak yang sangat menghormati ayah dia. Macam ni cerita dia…

Satu petang dalam tahun 1966,salah sorang daripada anak lelaki saya balik dari sekolah. Saya tengok muka dia macam tengah berfikir sesuatu yang berat. Memang dah dua tiga hari ni dia dok merungut kat saya. Penat, bosan, tak larat dah nak belajar katanya.

“Kenapa saya kena belajar menda-menda yang saya takkan guna dalam hidup saya??”,

dia merungut lagi. Sayapun tanpa berfikir panjang terus memberi respon kapada anak saya,

“Sebab…kalau kita tak dapat gred yang bagus masa peperiksaan, kita takkan dapat masuk universiti”

…hmm, nasihat yang saya warisi turun temurun daripada generasi yang terdahulu.

“Tapi itu kalau saya nak masuk universiti ayah. Saya bukan nak masuk universiti, saya nak jadi kaya”

Hah, tersentak sekejap saya dengar jawapan anak saya tu. Tapi, sebagai seorang ayah, saya sentiasa standby jawapan kepada setiap persoalan yang anak-anak saya utarakan.. Sayapun jawab la dengan agak gentle nye…

“Hanif, kalau Hanif tak masuk universiti, macam mana Hanif nak dapat kerja bagus-bagus, dah tu macam mana Hanif plan nak jadi kaya kalau tak kerja bagus-bagus”

Dalam hati aku, huh dah sampai turn aku pulak yang bagi nasihat macam ni. Teringat masa kecik-kecik dulu masa mak nasihatkan aku soh belajar rajin-rajin. Sebijik macam ayat aku tadi. Hmm, lepas tu anak aku si Hanif ni tundukkan kepala. Aku ingatkan dia dah pon terima nasihat aku tadi secara positif. Rupa-rupanya tak lama lepas tu dia cakap dengan nada yang agak perlahan…

“Ayah,”

Cis, rupanya ni turn aku pulak yang nak kena ceramah dengan anak aku yang sorang ni. Dia sambung…

“Kita kena bergerak seiring dengan masa ayah. Cuba kita tengok sekeliling kita; berapa ramai orang yang kaya hari ini yang graduate daripada universiti? Berapa ramai pulak orang yang kaya hari ni yang bukan hasil daripada pelajaran diorang. Tengok Michael Jordan, Madonna, Bill Gates, orang yang kena buang daripada Universiti Harvard; sekarang dia orang paling kaya di Amerika, umur dia masih lagi 30-an. Sorang pemain baseball tu, saya baca dalam majalah pendapatan dia setahun 4 juta usd ayah, dan dia disahkan mempunyai masalah mental”.

Habis je dia bercakap, terdiam sekejap aku. Baru la aku terfikir yang aku bagi nasihat yang sama mak ayah aku bagi pada aku dulu kepada anak aku. Lepas tu aku terfikir lagi,…

Dunia dah berubah, tapi nasihat tak. Tetap nasihat yang sama.

Tak berapa lama lepas tu, anak aku sambung lagi,

“Ayah, saya tak nak bekerja keras macam yang ayah dengan mak buat hari ni. Gaji mak dengan ayah tinggi, kita tinggal dalam rumah yang besar, kereta besar, keperluan harian cukup. Kalau saya ikut nasihat ayah tadi, saya akan hidup sama macam ayah sekarang, bekerja lebih kuat setiap hari untuk bayar cukai dan akhirnya hidup dalam bebanan hutang. Tengok graduan hari ni. Berapa ramai yang tak bekerja, yang bekerja pon berapa ramai je yang dapat kerja yang berkaitan dengan kos yang mereka belajar di universiti. Tanya pulak mereka yang dah bekerja, 1 tahun, 5 tahun, 15 tahun sekalipun, adakah kerja mereka sekarang menjamin masa depan mereka dan keluarga mereka? Yang bekerja dengan kerajaan lain ceritanya, yang kerja dengan syarikat swasta pula lain ceritanya. Gaji bulanan yang dapat tak pernah cukup dengan perbelanjaan, apatah lagi impian. Akhirnya, mereka semua ambil jalan mudah. Buat pinjaman. Setiap kali gaji naik, setiap kali itu pinjaman bertambah. Sehingga akhirnya pencen dengan pinjaman. Belum lagi cerita tentang jaminan keselamatan pendapatan mereka. Sebagai seorang pekerja yang bila-bila masa saja boleh dibuang oleh majikan. Kalau itu terjadi, apa akan berlaku pada hidup mereka? Hutang-hutang mereka? Rumah dan kereta besar mereka yang dibangga-banggakan selama ni? Mereka takkan boleh menampung hidup mereka sekeluarga dengan wang pampasan dan pencen semata-mata. Saya dah bosan hidup dalam masyarakat seperti ini. Saya perlukan jawapan yang baru.”

Baru aku terfikir, anak aku betul. Masyarakat yang anak aku sebut tadi tu termasuk lah aku salah seorang daripadanya. Nasihat yang mak ayah aku bagi tu mungkin boleh diguna pakai pada tahun 1945, tapi hari ni kita hidup pada zaman yang sangat cepat membangun, cepat berlaku apa-apa perubahan. Dah tak boleh lagi dah aku sebagai ayah nak nasihatkan anak aku…,


“Belajar rajin-rajin,pandai-pandai…nanti periksa dapat bagus-bagus,bleh cari kerja bagus-bagus…Selamat masa depan…”


Hmm, macam tu la cerita dia. Penulis harap pembaca dapat tangkap la maksud yang penulis nak sampaikan daripada cerita tadi. Itu baru mukaddimah. Lepas ni, macam-macam lagi penulis nak tulis.