Setiap menda dalam dunia ni mesti ada pasangan
Ada lelaki, ada perempuan.
Ada langit, ada bumi.
Ada dosa, ada pahala.
Ada untung, ada rugi.
Ada positif, ada negatif.
Sebab tu dalam dunia ni ada perkataan ‘PILIHAN’. Apa-apa menda sekalipun mesti ada sekurang-kurangnya 2 pilihan. So, nak ceritanya kat sini, peraturan dalam dunia ni pon ada dua bahagian. Terpulang kepada kita nak pilih yang mana satu. Apa dia??
Nanti kita cerita lebih lanjut. Macam biasa la ye, bentuk story ni agak lebih menarik da bomb.
Macam mana nak mula ni. Hmm, macam ni. Sahabat…
Dunia berubah. Saya rasa semua orang pon setuju dengan pernyataan tu
“kalau mak ayah aku dulu tak cakap macam ni, aku takkan jadi macam aku sekarang. Aku berjaya harini sebab nasihat tu la. Pendidikan tu la.”
Hari ni, nasihat yang paling bahaya yang kita boleh bagi kepada anak-anak kita ialah :
“Belajar rajin-rajin,pandai-pandai…nanti periksa dapat bagus-bagus,bleh cari kerja bagus-bagus…Selamat masa depan…”
Macam Biasa. Semua orang pernah dengar. Tapi berapa ramai yang sedar akan bahaya nya nasihat tu untuk kehidupan generasi kita akan datang? Nasihat lama, nasihat bahaya. Kenapa? Kalau kita bukak mata sikit, tinjau makhluk-makhluk tuhan yang lain di seluruh Asia, Eropah, Amerika Selatan, saya yakin dan percaya saat ini jugak ramai yang akan bersetuju dengan saya. Kalau kita mahu anak kita ada masa depan yang cerah, selamat, bahagia, hari ini kita mesti mula ubah pendirian kita terlebih dahulu. Kita sendiri kena keluar dari ‘JALAN LAMA’ terlebih dahulu. Nasihat tadi adalah satu…
‘PERATURAN LAMA’
Peraturan lama yang sangat berisiko. Peraturan yang dah tidak lagi diamalkan oleh orang-orang kaya dunia hari ini. Mereka sedar, mereka kaya. Kita?? Adakah kita masih lagi mahu menidakkan hakikat ini. Apa yang kita ada untuk disandarkan sebagai bukti bahawa kita adalah BETUL??
Kita kaji peraturan apa yang diamalkan oleh mereka yang sangat berjaya dalam dunia hari ini yang saya namakan ‘PERATURAN BARU DUNIA’
LIHAT DUNIA DARI MATA BURUNG
ATAU
LIHAT DARI DALAM TEMPURUNG
YANG MANA SATU ENGKAU PILIH
DALAM KALUT
PERATURAN MENCIPTA KEKALUTAN
DI MANA
…DI SINI
Kredit kepada SIFU M.Nasir untuk ‘Tanya Sama Itu Hud-Hud’
Orang kaya bermain permainan hidup dengan menggunakan peraturan yang berbeza dengan peraturan yang kita amalkan hari ini. Bayangkan, setiap kali putaran ekonomi dunia tiba ke zaman kejatuhan, apa yang berlaku kepada syarikat-syarikat, kilang-kilang?? Banyak yang gulung tikar. Apatah lagi individu yang ada bisnes kacil-kecil
Betul, tetapi bagaimana pula halnya dengan bos-bos, ahli-ahli lembaga pengarah syarikat, pemegang-pemegang saham terbesar syarikat?? Apa yang kita tak tahu, setiap kali berlaku keadaan yang sedemikian, setiap kali syarikat terpaksa membuang ramai pekerja, nilai saham syarikat akan naik lebih tinggi. Mengapa??
Situasinya…
Kalau ekonomi dunia berkembang bagus…
Pekerja hanya boleh hidup, cukup-cukup makan.
Bos mengaut keuntungan besar.
Kalau ekonomi dunia jatuh…
Pekerja akan diberi pampasan dan diarahkan…berhenti!!!
Bos??
Mengaut keuntungan yang lebih besar.
Itu yang saya maksudkan dengan peraturan lain yang dimainkan oleh orang kaya. Orang kaya akan sentiasa untung, orang miskin akan terus ditindas, dan terus miskin. Agak sukar untuk orang biasa memahami akan perbezaan kedua-dua peraturan ini. Mereka lebih suka menamakan keadaan ini sebagai…
- Pilihan 1 : TAKDIR
- Pilihan 2 : “INI TAK ADIL!!!”
Dua pilihan yang sekali-kali tidak akan dipilih oleh orang kaya!! Sebelum kita turut sama memilih salah satu pilihan di atas, elok kita kaji dan fahami terlebih dahulu apa beza di antara…
- Peraturan 1 :Mengawal masa depan dan takdir sendiri, dengan…
- Peraturan 2 :Memberi kuasa kepada orang lain untuk mengawal masa depan dan takdir kita.
Orang kaya akan sentiasa memilih untuk mengamalkan peraturan pertama, apa yang saya namakan…
‘PERATURAN BARU DUNIA.’
95% daripada kita hari ini, di seluruh dunia memilih untuk mengamalkan peraturan 2, iaitu memberi kuasa kepada orang lain untuk mengawal masa depan dan takdir kita dan hanya 5% sahaja yang memilih untuk mengamalkan peraturan 1, yang secara tidak langsung akan memberi kuasa kepada mereka untuk mengawal peraturan 2. 95% pengamal peraturan 1 tadi mendapat peraturan mereka di rumah dan di sekolah. Sebab itu, hari ini, adalah sangat bahaya untuk kita menasihatkan anak-anak kita di rumah supaya…
“Belajar rajin-rajin,pandai-pandai…nanti periksa dapat bagus-bagus,bleh cari kerja bagus-bagus…Selamat masa depan…”
Anak-anak kita hari ini memerlukan pelajaran yang sofistikated yang tidak disediakan oleh mak ayah kita kepada kita dahulu, dan juga tidak disediakan di sekolah. Saya tidak peduli berapa ramai guru yang ditempatkan di sekolah untuk mengajar, berapa banyak laptop dan LCD projector yang dibekalkan sebagai Alat Bantu Mengajar kononnya, berapa banyak wang yang dihabiskan untuk menggantikan papan hitam kepada papan putih, berapa banyak komputer yang dibekalkan di makmal komputer sekolah untuk kemudahan pelajar. Persoalannya, bagaimanakah caranya hari ini, kita mahu memberi palajaran kepada anak-anak kita tentang pelajaran yang paling penting dalam hidup mereka, yang mereka tidak akan dapatinya di rumah dan di sekolah??
Fikirkan, bagaimana ibu-bapa hari ini mengajar anak-anak mereka tentang pelajaran yang mereka takkan mungkin dapati di sekolah. Bagaimana mereka mahu mengajar anak-anak mereka tentang pengurusan kewangan?? Anak-anak takkan bosan kah?? Dan bagaimana mereka mengajar anak-anak mereka supaya membuat pelaburan yang menguntungkan sedangkan mereka sendiri berada pada situasi yang sangat berlawanan.
Kata cerdik pandai…
Anak-anak umpama kain putih, ibu-bapa lah yang mencorakkannya…
Ibu-bapa adalah guru terbaik kepada anak-anak…
Persoalannya…
Adakah kita hari ini memegang acuan corak yang betul untuk kain putih tersebut??
Dan…
Adakah kita benar-benar adalah guru yang terbaik untuk mereka??
Sebagai contoh dan guru terbaik, peraturan manakah yang kita pilih??
PERATURAN LAMA
Atau
PERATURAN BARU DUNIA
Apa kata hati, jawab pada naluri, minta pendapat jiwa,terang kepaga raga,
biar jasad dan roh bersatu memberi jawapan…
…kepada diri sendiri.