Sunday, February 26, 2012

JABIR EMAS PRESTIGIOUS

JB Gold Prestigious
Syarikat kami didaftarkan atas nama JABIR EMAS PRESTIGIOUS
No pendaftaran : IP 0363441-A

kami masih memerlukan dealer. Hanya syarat minimum untuk menjadi dealer kami...hubungi kami untuk keterangan lanjut


HARGA KAMI HARI INI (ISNIN 27 FEB 12) post 09.15pg
(** semua harga termasuk upah)
HARGA DEALER

EMAS 999
WE SELL
Rantai Tangan Gajah
50g - rm179.55/g
30g - rm180.55/g
20g - rm180.55/g
Gelang Tangan (Bangle)
50g - rm177.98/g
30g - rm178.98/g
20g - rm178.98/g

EMAS 916
WE SELL
Gelang Tangan (Bangle) - rm168.00/g

HARGA JUALAN RUNCIT KAMI
EMAS 999 rantai gajah - rm185.35/g
EMAS 999 GELANG - rm183.52/g

EMAS 916 - rm173.00/g

WE BUY
EMAS 999 - rm165.40/g
EMAS 916 - rm151.30/g

harga masih boleh nego jika oder dalam kuantiti yang banyak

** UNTUK LOCK HARGA HENDAKLAH DEPOSIT 10% DARI HARGA DAN PENGHANTARAN DI LUAR NEGERI PERAK SEKURANG-KURANGNYA 300GRAM


RUJUKAN HARGA EMAS
KITCO
MARKET WATCH
INSTAFOREX

HUBUNGI KAMI

JABIR EMAS prestigious
Gerik, Perak dan Kawasan Utara, Malaysia
(UST ZAKI :0199359819) (HAFIDZ :0199564943) (NORUDIN :0125677505; 0134380818) facebook : jabiremasgoldinvest EMAIL : jabiremasgoldinvest@gmail.com

Saturday, February 11, 2012

ilmu arahnu

A)Bagaimana Menjana Keuntungan Melalui Kemudahan Ar-Rahnu??

Baiklah, kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang teknik menjana keuntungan dengan kemudahan Ar-Rahnu secara jelas dan mudah. Ini kerana, melalui pemerhatian saya masih terdapat kekeliruan yang wujud kepada sesetengah individu yang mahu menggunakan teknik pajakan untuk melipat gandakan lagi keuntungan dari pelaburan Emas mereka. Kekeliruan ini wujud kerana mereka tidak mengkaji dan memahami terlebih dahulu cara sebenar untuk melaksanakan teknik pajakan ini. Mereka terlalu ghairah dalam mengejar keuntungan dan hanya ikut-ikut sahaja tanpa mendapatkan maklumat yang lengkap. Pada akhirnya duit pinjaman Arrahnu dibelanjakan , upah simpan tidak dapat dijelaskan dan Emas pula akan dilelong. Saya tidak nafikan terdapat juga sesetengah blog tidak telus dalam menerangkan bagaimana teknik ini dilaksanakan langkah demi langkah memajak dan menebus kembali sehingga anda sendiri terperangkap. Cth: "klu ko rasa nak pajak lagi ko buatlah sampai abis licin...heheheh"


Berikut ialah 2 objektif mengapa anda perlu membuat pajakan Ar-Rahnu:-
Untuk mendapatkan pusingan modal perniagaan atau pelaburan.
Untuk menjana keuntungan dari modal asal secara berperingkat.
Tips membuat pajakan Ar-Rahnu:-
Kenal pasti objektif anda terlebih dahulu.
Pastikan anda membeli emas permulaan dengan kuantiti yang kecil.(10gm/20gm). Ini bertujuan memudahkan anda menebusnya pada masa akan datang kerana nilainya adalah kecil. Cth; Jika modal anda RM50K, belikan emas dalam range produk yang kecil iaitu 10gm * Z keping + 20gm*Y keping.
Pajakkan sebahagian kepingan Emas anda dengan kaedah SATU ITEM SATU SURAT PAJAKAN dan tinggalkan satu keping Emas didalam simpanan anda sebagai modal tebusan. Kesilapan umum, mereka memajakkan kesemua Emas mereka dalam satu surat pajakan sahaja. Ini menyukarkan mereka menebus Emas satu persatu. Lebih parah, mereka memajak kesemua tanpa memegang sekeping Emas untuk modal tebusan.

Berikut ialah huraian teknik untuk objektif yang pertama seperti yang dinyatakan diatas.

Langkah pertama: Buat pembelian emas pertama anda menggunakan keseluruhan modal dalam variasi Emas berkuantiti kecil.

Langkah kedua: Pajakan setiap Emas anda dengan teknik Satu Item Satu Surat Pajakan. Simpan kepingan terakhir untuk modal tebusan untuk masa akan datang.

Langkah ketiga: Gunakan pinjaman tunai Ar-Rahnu hasil dari pajakan anda untuk digunakan sebagai pusingan modal perniagaan/pelaburan untuk anda melipat gandakan keuntungan.

Langkah keempat: Bayar TOTAL upah simpan untuk kesemua Emas pajakan anda untuk menyambung pajakan dan juga mengelakkan dari Emas anda dilelong.

Langkah kelima: Untuk menebus kembali Emas anda, gunakan Emas yang berada dalam simpanan anda sebagai modal tebusan. Jualkan Emas itu dan gunakan cash itu untuk menebus kembali Emas anda satu persatu sehingga selesai.


Berikut ialah huraian teknik untuk objektif yang kedua seperti yang dinyatakan diatas.
Teknik ini juga sinonim dengan panggilan REMPIT EMAS. Teknik ini hanya sesuai dibuat apabila trend harga Emas menurun sahaja!! Apabila harga Emas menunjukkan trend penurunan, anda boleh lakukan langkah2 dibawah untuk menggandakan lagi keuntungan anda.

Langkah pertama: Pajakkan kesemua Emas anda Satu Item Satu Surat dan dapatkan tunai.

Langkah kedua: Gunakan kesemua tunai hasil dari pajakan Emas tadi untuk membeli lagi Emas pada harga yang rendah.

Langkah ketiga: Pajakkan semula Emas yang anda beli tadi (Satu Item Satu Surat) dan dapatkan tunai.

Langkah keempat: Ulangi Langkah kedua dan ketiga sehingga nilai pajakan anda tidak dapat membeli Emas lagi. Pastikan pada akhirnya anda menyimpan satu keping Emas sebagai modal tebusan.

Langkah kelima: Apabila harga Emas kembali melonjak. Jualkan Emas terakhir yang berada dalam simpanan anda untuk mendapatkan tunai.

Langkah keenam: Gunakan tunai itu untuk menebus Emas anda satu persatu. Ulangi proses ini sehingga kesemua Emas anda selesai ditebus. Dan pada akhirnya, anda telah meraih keuntungan hasil dari modal permulaan anda yang sedikit.

Kesimpulan:

1) Teknik pajakan yang pertama amat membantu anda untuk membuat pusingan modal perniagaan Emas atau pelaburan Emas VS ASB. Teknik yang mudah difahami dan mudah diuruskan.

2)Teknik pajakan kedua adalah lebih "tricky" dan "complicated". Kegagalan anda untuk memahami teknik ini dengan baik boleh membuatkan anda terperangkap didalam kemudahan Pajakan Arrahnu itu sendiri.

3)Teknik pajakan kedua bergantung pada tempoh masa perubahan trenda harga emas. Jika harga Emas memakan masa yang lama untuk memulakan trend kenaikkannya kembali. Maka anda menanggung upah simpan yang tinggi bagi setiap Emas pajakan anda. Kegagalan menjelaskan upah simpan membuatkan Emas anda akan dilelong.

Oleh itu, sebelum membuat sesuatu pajakan menggunakan Emas anda, teliti dahulu sebab-sebab mengapa anda perlu memajak. Jika tiada keperluan, lebih baik Emas anda hanya disimpan. Anda tidak rugi apa2 jika anda tidak membuat teknik pajakan. Tetapi anda lebih berisiko untuk rugi jika anda melakukan teknik pajakan tanpa anda memahami kaedahnya dengan betul. Semoga dengan penerangan yang jelas ini dapat memberikan anda panduan dalam menjana keuntungan dari fasiliti Ar-Rahnu. Saya hanya memberikan idea dan konsep teknik-teknik diatas. Untuk pengiraan yang tepat anda boleh buatkan pengiraan sendiri dengan memasukkan amount pembelian, pajakan dan upah simpan dengan tepat. Selamat mencuba!!

B)Bagaimana menjana keuntungan "Cashflow" dari Emas anda.

Bila saya cakap tentang Cashflow, maksudnya saya bercakap tentang cara bagaimana nak menjana keuntungan jangka pendek untuk anda dapatkan duit poket.

Ok, caranya begini, contoh anda ada 10 barang kemas 10 gram dalam simpanan anda yang dibeli pada harga RM1800 setiap satu. Sementara menunggu harga emas naik dan mencecah target, sampaikan kebaikan membuat simpanan Emas pada keluarga atau kawan2 anda. Dan apabila mereka berminat untuk membeli emas, sebagai dealer jualkan emas anda dan kembali lock (harga sell PG) yang baru atau beli 1 barang dari kawan2 anda pada harga buy. Ulang proses berkenaan sehingga kenaikkan harga emas mencecah target keuntungan anda. Apabila sudah mencapai target keuntungan anda, jualkan semua 10 barang kemas tersebut pada rakan2 anda pada harga Sell (sekaligus/berperingkat) dan kira keuntungan anda. Jika tiada buyer, jualkan pada jabir emas pada harga buy (tunggu lepas spread).
Anda boleh memperoleh untung komisyen dengan mengulangi menjual barang tersebut dan lock kembali sementara menunggu target anda sampai ataupun membeli semula emas customer anda pada harga buy. Anda juga boleh menjual barang tersebut secara berperingkat untuk menuggu menjual pada harga yang tinggi. Pendek kata macam2 ada!hehe

Selamat mencuba!

ilmu emas

1) Bagaimana Mengira Harga Emas Dunia?

Disini saya akan kongsikan bersama anda cara termudah mengira harga emas dunia. Selepas anda berjaya menguasainya bolehlah anda membuat perbandingan harga emas dunia dengan harga emas yang dijual di Malaysia.

Pertama sekali anda perlu tahu harga emas di pasaran London dengan melayari laman web The London Bullion Market Association (LBMA).

Ini kerana harga harian emas dunia ditetapkan di pasaran emas London. Jadi harga ini akan digunapakai oleh pasaran emas dunia yang lain Seperti New York, Swiss dan Hong Kong.
Daripada harga inilah maka perdagangan emas dijalankan. Permintaan dan penawaran emas akan mempengaruhi turun naik harga Emas seperti yang dapat dilihat di laman web www.kitco.com.






Sebelum tu, anda kena tahu beberapa fakta:
1. Harga emas ditetapkan sebanyak 2 kali sehari (AM fixed dan PM fixed)
2. Harga yang dipaparkan adalah untuk 1 Troy Ounce emas iaitu bersamaan 31.10 gram.
3. harga rujukan yang digunakan ialah PM fixed (segiempat merah)
4. Waktu London dan Malaysia berbeza 7 jam
(Malaysia pukul 8 malam – London baru pukul 1 tengahari)


Untuk contoh pengiraan, saya akan gunakan harga USD (spt gambar di atas).

Tarikh: Rabu,- 27/7/2011 Waktu London.

Harga ditetapkan ialah USD1625.00/ Troy Oz
Jadi untuk tukar kepada harga segram maka:

USD1625.00 / 31.10gm = USD52.2508/gram

Dan apabila di tukarkan kepada nilai Ringgit ianya menjadi:




Oleh itu, dapatlah kita bandingkan harga Emas dunia dengan harga Emas di negara kita. Contonya seperti dibawah:-

1) Harga Emas Public Bank.





2) Harga Emas Maybank




3) Harga Emas Kuwait Financial House




4) Harga Emas UOB





5) Harga Emas Public Gold.






Selepas membuat perbandingan, saya pasti anda mesti tertanya-tanya mengapa harga Emas dunia dan harga Emas di Malaysia tidak sama. Bahkan ianya lagi mahal dari harga Emas dunia. Juga dapat diperhatikan harga Emas di negara kita juga berbeza-beza diantara pembekal Emas. Jawapannya ialah kerana harga Emas adalah tidak di kawal. Jadi sebelum pasaran dibuka setiap hari, harga rujukan jualan emas di Malaysia akan dicadangkan dan ditetapkan oleh Bank Negara dan juga FGJAM. Dan daripada situ, setiap pembekal akan merujuk kepada harga seperti mana yang dikeluarkan oleh dua badan ini dan menetapkan harga jual dan beli mereka masing-masing. Ini bertujuan untuk pembekal Emas mendapatkan kembali kos workmanship oleh setiap Emas yang terjual.

Jadi, anda sudah mahir mengira harga Emas. Jangan tunggu lagi! Jom rembat Emas!hehehe☺


2) Bagaimana memulakan pelaburan Emas??

Baiklah, selepas kita dah tahu sedikit sebanyak tentang bagaimana mengira harga Emas dan peluang pelaburan Emas di Malaysia, sudah tentu anda tidak sabar untuk memulakan pelaburan pertama anda. Jika tidak, ibarat pohon tidak berbuah sia-sia sahaja ilmu yang kita perolehi tanpa mengamalkannya. Tapi bagaimana untuk memulakannya??

Sebelum memulakan langkah yang pertama, terdapat beberapa pertimbangan yang anda perlu kenal pasti terlebih dahulu. Diantaranya ialah:-

Objektif?(Pelaburan sahaja atau Pelaburan+perniagaan)
Apakah jenis pelaburan yang anda suka?(Emas Fizikal atau Akaun Emas)
Modal.(Kecil atau besar)
Masalah menyimpan.
Kemudahan Kecairan
Tempoh matang
Jarak istitusi pelaburan
Cara pembayaran (Tunai atau Kad kredit)
dll
Berikut adalah panduan untuk memulakan pelaburan Emas anda yang pertama:-
Emas fizikal.
Tips: Jika anda suka memiliki (sentuh,lihat dan rasa) emas fizikal, ingin memaksimumkan keuntungan pelaburan anda dan tiada masalah menyimpannya maka inilah jenis pelaburan terbaik untuk anda:
Syiling Emas
Kepingan/Jongkong Emas
Jika tidak, akaun pelaburan emas adalah pilihan kedua yang terbaik.

Pilihan pertama: Syiling Emas/gold Bar Public Gold.
Kelebihan: Mempunyai rangkaian Emas pilihan bersesuaian dengan modal.kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.Spread yang rendah. Mudah dipajak dll
Jenis Emas: 1 dinar sehingga Wafer 250gm
Harga: Bermula dari RM707 keatas (klik sini)

Pilihan kedua: Syiling Kijang Emas (1oz).
Kelebihan: Kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik. mudah dipajak.
Jenis Emas: 1/4 oz, 1/2 oz dan 1oz sahaja.
Harga: RM1315 keatas (klik sini)

Pilihan ketiga: Syiling Emas UOB (1oz)
Jenis Emas: AUST NUGGETS, GOLD MAPLE LEAF, KINEBAR, PAMP GOLD dan S'PORE LION.
Harga: (klik sini)
Pilihan keempat: Dinar Emas Kelantan (22K) atau Poh Kong Bunga Raya (Kedai Emas Poh Kong)


2. Akaun Simpanan Emas.

Tips: Tak teruja dengan emas fizikal, bimbang risiko kehilangan, hasle free investment.

Berikut adalah pilihan pelaburan anda (klik sini):
Public Bank Gold Investment Account (PGIA)
Maybank Gold Investment Account (MGIA)
Kuwait Financial house - KFH Gold Account-i (KFHGAi)
UOB Bank - Gold Saving Account (GSA)

Walauapapun, posting ini hanyalah sebagai panduan. Sekali lagi ianya bergantung kepada objektif, gaya dan strategi anda sebagai pelabur. Jangan lupa, details poduk dan syarat-syarat institusi pelaburan akan berubah dari semasa kesemasa. Jadi semak-semaklah selalu ye!Selamat melabur!!